Do U Know?
Tuesday, August 11, 2009
1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadisejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita me"ngencing” orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kitaakan dilempang olehnya.
2. Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripadalelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantunglelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata airdan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui olehisteri.
3. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 kmpersegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran memasukikawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jikatidak membawa kompas.
4. Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946,mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dariplanet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang diaadalah seorang Ultraman!.
5. Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapiini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudahterbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.
6. Apabila marah, Tasmanian Devil (sejenis haiwan yang hidup di pulauTasmanian, selatan Australia) akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan.Bila Makcik Leha marah, wajahnya juga akan bertukar menjadi kemerah-merahanpadahal mereka bukanlah dari spesies yang sama.
7. Gelas kaca pecah dengan kelajuan 4,827 km/j. Pecah Kaca, Pecah Gelas,Sudah Baca Harap Balas pula ialah ayat yang selalu diguna oleh budak-budaksekolah ketika bercinta.
8. Tahukah anda?..Otak kita mengandungi 80% air.Walaubagaimanapun. ..seseorang yang sudah lama tidak membuat hubungankelamin bersama isteri akan mengalami satu sindrom yang berkaitan otakiaitu sindrom ˜masuk air”
9. Tahukah anda?..Belang yg kita lihat pada harimau bukan sekadar padabulunya tapi pada kulitnya. Belang pada lelaki berhidung belang pula bukansekadar pada hidungnya, tapi juga pada bulu hidungnya.
10. Tidak ada satu pun perkataan yang bermula dengan huruf 'W' dalam bahasaSepanyol. Sementara itu, hanya terdapat 12 huruf dalam bahasa Hawaii iaituA,E,H,I,K,L, M,N,O,P,U dan W. Untuk pengetahuan juga, didalam BahasaInggeris dan Melayu mesti menggunakan ke semua huruf dari A-Z kecuali yangbuta huruf kerana mereka tidak tahu membaca.
11. Hanya ada empat perkataan sahaja dalam bahasa Inggeris yang berakhirdengan bunyi-'dous' iaitu tremendous, horrendous, stupendous dan hazardous.Ini membuatkan seseorang yang bernama Fidaus berasa bangga sekejap.
12. Tahukah anda?..Di negara Norway, terdapat sebuah tempat di panggil Hell(neraka) manakala kalau kita berbuat jahat selalu, tempat yang kita akanpergi juga bernama Hell.
13. Menurut kajian ahli sains, secara puratanya, kita akan berhentibercakap setiap tujuh minit. Tetapi menurut seorang ahli sains yang lainyang bisu sejak lahir, secara puratanya, dia tidak boleh langsung bercakapseumur hidupnya.
14. Siapakah Thomas Mapother?? Lelaki itu adalah pelakon tampan, TomCruise, sebelum dia menukar namanya. Siapakah pula Latiff Sufian?? Lelakiitu pula ialah cuma seorang tukang kebun di Sekolah Rendah KampungKerinchi.
15. Untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta akan mengencingkan kakinyasendiri supaya ia akan berasa sejuk apabila air itu menyejat. Anda jugaboleh berbuat demikian jika hendak berbau hancing.
16. Dipetik dari kenyataan sebuah majalah, tembakau membunuh lebih ramairakyat Amerika (seramai 450,000 orang) setiap tahun berbanding alkohol,kokain, heroin, homisid, bunuh diri, kemalangan kereta, kebakaran dan AIDS.Untuk menyembunyikan rasa takut dikalangan orang-orang kaya pula, majalahtersebut tidak berani untuk mengatakan bahawa tembikar yang di beli denganharga yang mahal juga mampu membunuh jika dihentak dikepala dengan kadaryang kuat.
17. Tomato dan Timun adalah buah-buahan ya, bukan sayur. Taugeh dan Sawipula ialah nama samaran pelukis majalah kartun Ujang ya, bukan Utopia.
18. Agensi keselamatan antarabangsa mengatakan jangan takut untuk menaikikapal terbang kerana ia merupakan alat pengangkutan yang paling selamat. Iajauh lebih selamat berbanding motosikal, bas, kereta api dan kereta. Akantetapi agensi itu mungkin terlupa akibat jikalau kapal terbang ituterhempas ke atas jalanraya dan menimpa semua orang yang menaiki kenderaanyang disebut tadi adalah kebarangkaliannya akan hancur lebur.
19. Jangan terkejut, kalau diceraikan satu per satu dan kemudian disusunsemula, seluruh batu yang terdapat pada Tembok Besar China, cukup untukmengelilingi bumi pada garisan khatulistiwa dengan ketinggian 2.5 meter danjangan terkejut dengan penceraian artis-artis tempatan kerana itu semuapublisiti murahan yang dapat menaikan populariti pada carta bintang palingpopular.
20. Mengikut fakta, sebelum era Masihi, terdapat satu perkidmatan 'poslaju' menggunakan kuda di Parsi. Posmennya akan memakai pengikat kepala danmenghantar surat tersebut merentasi Asia, beratus-ratus km tanpa henti.Mengikut akta pula, seorang Posmen yang menaiki EX5 merah dari PosMalaysia, jika selalu berhenti-henti minum kopi di kedai mamak bolehdiberhentikan kerja serta-merta.
21. Dianggarkan sel kulit yang mati yang hilang sepanjang hayat kita cukupuntuk mengisi lapan beg tepung seberat tiga kilogram dan tepung itu kalaudi buat roti canai, rasanya amat lazat jika dimakan bersama-sama dengankari kepala ikan.
22. Ini adalah benar, ngauman seekor singa mampu didengari sejauh 3 kmkecuali orang yang pekak walaupun dia hanya berada 3 cm sahaja dari singatersebut.
23. Permukaan bumi adalah seluas 153,295,000 km persegi manakala orang yangjauh perjalanannya sewaktu berkelana seperti Azroy dari filem Gila-GilaRemaja pula hanya mendapat luas permandangan memandangkan dia hanyamengelilingi Kuala Lumpur sahaja.